SOALAN LAZIM





 Apakah maksud perpaduan?

  • Perpaduan bermaksud penyatuan rakyat daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya dalam satu masyarakat yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
  •  Contoh: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia melibatkan semua kaum, menunjukkan semangat perpaduan rakyat dalam memperingati sejarah negara.



 Apakah faktor utama yang menyumbang kepada perpaduan di Malaysia?

  • Antara faktor utama ialah pendidikan, bahasa kebangsaan, peranan pemimpin, toleransi agama, dan pembangunan ekonomi yang saksama.
  • Contoh: Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menggalakkan interaksi antara murid daripada pelbagai kaum di sekolah.



Apakah kesan positif perpaduan terhadap kestabilan politik di Malaysia?

  • Perpaduan memastikan kestabilan politik kerana rakyat bersatu padu menyokong dasar kerajaan tanpa dipengaruhi oleh perbezaan kaum atau agama. 
  • Contoh: Pilihan raya umum di Malaysia berlangsung secara aman kerana rakyat memahami kepentingan demokrasi dan perpaduan nasional.

No comments:

Post a Comment

Monday, 10 March 2025

  NAMA AHLI KUMPULAN NO. PENDAFTARAN NORFAQIHAH BINTI FAIZAL 04DPT24F1005 NUR AMIRA DALILA BINTI ROSLI 04DPT24F1008 ANIS SALWA BINTI ABD RAH...